Sunday 23 August 2015

RESEPI IKAN PERCIK PUTIH

Assalamualaikum....

Fuuuuuuuhhhhhhhh.. (tiup habuk)

Agak dah nak setahun tak update. Quick update, kita sharing2 resepi Ikan Percik Putih, sedap dimakan dengan tumis nasi kerabu.




Ikan Percik Kuah Putih

Resepi
2 ekor ikan Kembong
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 cawan santan pekat
sedikit air

Cara:
1. Tumbuk seulas bawang putih dgn sedikit halia dan lumur pada ikan dgn sedikit garam
2. Dalam periuk, masukkan santan, sedikit air, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
3. Kacau sampai pekat, perasakan dengan garam.
4. Bakar ikan sehingga hampir masak. Curahkan kuah percik dikedua belah ikan.
5. Bakar sekejap. Kemudian angkat dan hidangkan.

Sunday 15 February 2015

Resepi Ayam Goreng Halia Special

Salam penggemar masakan semua,

Lama sudah tak update entry baru. Kali ni nak buat entry resepi warisan dari emak saya.
Resepinya ringkas sahaja, tetapi rasanya mmg sedap bagi kami sekeluarga. Kalau makan dengan nasi panas, perghh memang terbaik. Waktu kami kecik2 dulu mmg berebutla, maklumla, semua pun suk
a makan ayam. Itula Ayam Goreng Halia, sesuai untuk ibu yang bekerja, tetapibtetap nak masak lauk air tangan sendiri. Kadang2 kalau perasan, walaupun kita masak simple, tetapi masakan kita sbg ibu ni la yg menjadi kegemaran anak2 , berbanding dgn masakan di kedai. Agaknya ibu 2 ni memasak dgn kasih sayang, bukan sekadar memasak untuk org makan je kan?. Jom la cuba resepi di bwawah ni





Resepi Ayam Goreng Halia

500gram ayam dipotong kecil.
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap manis
1 ulas bawang besar dihiris bulat
1 batang cili merah dihiris
Sedikit minyak

Cara membuatnya:

1. Masukkan potongan ayam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak
    sehingga air ayam kering.



2. Sambil tu, tumbuk halia bersama bawang putih dan kalau suka pedas,
     Tumbuk bersama beberapa biji cili padi.

3. Apabila air ayam sudah kering, masuklan minyak sedikit, dan gaul seketika

4. Masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuk dan gaul lagi sehingga
    Sedikit garing.



5. Masukkan kicap dan gaul sekata agar kicap melitupi keseluruhan ayam.
    Tambah lagi kicap mengikut selera anda. Masukkan bawang besar,cili dan daul sehingga kicap dan ayam mesra.



6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas. Jika suka boleh tambah garam atau perasa. Tapi kalau tak tambah pun rasanya dah ok.


Selamat Mencuba ^_^


Friday 19 December 2014

Resepi Kek Keju Marble Ala Secret Recipe Yang Marblelous!





Salam,

Haaa, best tak tajuk resepi kali ni, hehehe. Tajuk memang kena sensasi. Hew hew hew.


Dulu kecik2 mana la pernah makan kek keju segala nih. Paling sedap pun makan kek coklat. Maklumlah bukan duduk di bandar. Sekarang nih banyak betul jenis kek, macam2 rupa pulak tuh. Semakin maju, manusia pun semakin kreatif dan nak cuba sesuatu yang baru, termasukla makanan.

Kali ni nak share Kek Keju Marble je pun, tapi intro macam nak buat essei pulak. Saya memang suka makan kek keju ni, rasanya lemak manis, masam2 skit haih kalau buat kek nih, boleh habis separuh, eheheh.

Pernah makan kek ni kat Secret Recipe, memang sedap keknya, jadi saya cuba nak buat kek keju yang rasanya hampir2 sama. Hasilnya boleh tahan, Nak buat Cheese Cake ni sebenarnya lagi muda dari kek biasa, masukkan semua bahan dan kacau sebati, dengan blender pun boleh. Tak perlu nak sampai kembang2. Kalau anda nak cuba, boleh rujuk resepi kat bawah ni ^_^


Resepi Kek Keju Marble Ala Secret Recipe

250 gram Cream Cheese - leta pada suhu bilik sebelum guna
100 gram Non Dairy Whipped Cream
2 Biji Telur
1/2 Cawan Gula
2/3 Cawan Gula
2 Sudu besar Tepung Gandum
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar perahan jus lemon @ limau nipis@sunquick perisa oren
Secubit garam
Coklat Emulco

Untuk Base(lapisan bawah kek, kalau taknak buat pun tak apa)
8 keping biskut Marie@Oreo@Cream Cracker
3 sudu besar mentega cair

Cara Membuatnya:

1. Untuk lapisan bawah @ base, hancurkan biskut dan gaul bersama mentega cair.

2. Loyang saiz 8 inci dilapik aluminium foil dan disapu sedikit mentega. Ratakan dan padatkan adunan base tadi ke dalam loyang.

3. Untuk buat adunan kek, masukkan cream cheese, whipped cream, telur, tepung dan gula dalam mixer @ blender kacau sehingga bahan sebati.

4. Kemudian masukkan esen vanila, perahan lemon dan secubit garam dan sebatikan adunan.

5. Tuang adunan ke dalam loyang tadi, untuk corakkan marble atas kek, buat bulatan dengan coklat emulco di atas kek, dan lorekkan guna lidi menjadi corak marble.(Kalau skip part marble ni pun boleh, bila siap bakar, boleh curahkan sos blueberry @ strawberry)

6. Bakar adunan pada suhu 190 darjah Celcius selma 30-40 minit. 25-30 minit pertama guna api bawah, selebihnya boleh guna api atas. Kek akan masak jika dicucuk lidi, tiada adunan cair yang melekat pada lidi.



7. Bila siap bakar, keluakan dari oven dan sejukkan, kemudian masukkan dalam peti sejuk.



8. Bila dah sejuk, kek akan jadi mampat dan cantik. Untuk potong kek, rendam pisau dalam air panas dulu.
Atau boleh juga guna benang. Selamat mencuba ye ^_^



Thursday 18 December 2014

Resepi Nasi Lemak Mudah Dan Cepat




Salam,

Pagi yang hujan macam nih, ditambah pulak cuti, memang malas betul nak keluar rumah beli sarapan. Lagipun bila orang yang bekerja macam saya, rasa dah bosan sarapan dari kedai. Sekarang di sini (Kelantan) tengah banjir,  jalan pun ada yang dinaiki air, memang susah la pun nak keluar ke kedai. Semoga mereka yang dilanda banjir serta kehilangan harta benda tabah dan sabar ye.

Hari ni terasa nak makan nasi lemak dengan telur mata yang kuning telur tu masih cair2 tuh ^_^
Biasalah bila cuti kan malas skit, jadinya nak cepat dan mudah je. Jadi saya masak nasi lemak yang simple sahaja, takdela beriya sangat, untuk alas perut waktu pagi. Saya hanya masak sambal bilis dan goreng telur mata. Nasi pulak saya kukus sebab lagi mudah dan tak melekat pada periuk, yela masak pun kuantiti sedikit sahaja. Kalau anda pun nak cepat dan mudah, boleh ikut resepi kat bawah, selamat mencuba ^_^


Resepi Nasi Lemak

Nasi
2 cawan beras
1 cawan santan pekat  * kalau nak tambah untuk lebih rasa lemak pun boleh
2 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Hirisan halia
Daun pandan @ bunga cengkih @ keduanya sekali untuk mewangikan nasi

Sambal
1 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili giling
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sehiris halia
* tumbuk semua bawang dan halia
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula melaka (nisey)
Sedikit garam dan gula sebagai perasa - *saya tak boleh makan ajinomoto, kalau nak letak pun boleh
Sedikit Kicap manis - abaikan kalau tak suka
Minyak untuk menumis

Telur ayam seberapa yang anda mahu - rebus atau goreng ikut citarasa anda
Hirisan timun

Cara Membuatnya:

1. Untuk nasi, basuh beras, dan masukkan santan, garam serta daun pandan@bunga cengkih. Kukuskan sehingga nasi masak. Sentiasa periksa nasi dan gaulkan nasi semasa mengukus. Kalau nak tanak pun boleh, masukkan semua dalam rice cooker dan masak macam biasa, sekali sekala gaulkan dan gemburkan nasi.

2. Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, gorengkan ikan bilis seketika, jgn sampai garing sangat ye. Angkat dan toskan minyak.

3. Selepas itu tumis bawang merah, bawang putih dan halia tadi dalam kuali yang sama sehingga naik bau. Masukkan cili giling dan gula melaka, tumis hingga keluar minyak di permukaannya. Masukkan air asam jawa dan tumis lagi.

4. Jika tumisan agak kering, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan gula, secubit garam serta kicap, biarkan mendidih sekejap.

5. Kemudian masukkan ikan bilis, gaul rata sekejap, kemudian tutupkan api.

6. Bila nasi dah masak, hidangkan bersama sambal ikan bilis, telur dan timun tadi. Selamat menjamu selera.




Resepi Mee Goreng Special Satu!!!









Salam,

Eh tajuk macam tu pun boleh ke? ehehehe.

Saya memang suka mee goreng, kalau makan panas2 lepastu perahkan limau nipis, lagila bertambah terbuka selera.(yang memang asyik terbuka).

Untuk masak mee goreng ni, saya dah cuba macam2 resepi, dah beberapa kali cubaan masak dibuat supaya jadik macam yang saya dan keluarga suka. Oleh sebab lain orang lain seleranya, jadi cara masak mee ni pun berbeza2, ada mee goreng hailam, ada mee goreng mamak, mee goreng basah dan macam2 lagi.

Kat sini saya share resepi yang biasa saya buat dan kena dengan selera kami dan yang senang nak buat. Tak sangka pulak bila masak kali ni, anak makan bertambah-tambah. Agaknya sebab ada nama "special" tu hehehe. Ok, kalau nak cuba, boleh tengok resepi kat bawah ye ^_^



Resepi Mee Goreng Special

1 Paket Mee Kuning
5 Ulas Bawang Putih
1 cawan isi ayam dipotong kecil (kalau ada anak kecil, sebolehnya jgn masukkan tulang2 ayam)
1 Cawan Udang **Takde udang pulak, so saya tak letak, kalau letak laaaagiiii sedap ^_^
1 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos tomato (tambah @kurang mengikut selera)
5 sudu besar sos cili    (tambah @kurang mengikut selera)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis  (tambah @kurang mengikut selera)
Gula dan Garam secukup rasa
1 Biji Telur
Seikat sayur sawi @ Kubis
Sebiji Tomato
2 Biji Cili Merah
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak, ketuk bawang putih dan tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan Cili giling dan tumis sehingga sedikit garing.

3. Masukkan isi ayam dan secawan air, biarkan seketika sehingga isi ayam masak.

4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tram dan kicap, kalau agak kering, masukkan secawan lagi air. Kacau dan biarkan mendidih seketika.

5. Masukkan mee, perasakan dengan garam atau gula jika suka(saya tak guna serbuk perasa, kalau suka boleh letak) dan gaul sebati. Biarkan sehingga mee menjadi lembut dan agak kering.

6. Pecahkan telur ke dalam mee dan gaul rata. Masukkan sayur, tomato dan cili merah.

9. Apabila sayur sedikit layu, boleh tutupkan api.

10. Untuk jadikan mee lagi special, goreng telur dapar nipis, tak perlu terbalikkan, terus gulung telur dadar tadi dan angkat. Kemudian hiris gulungan telur dadar tadi.

11. Hidangkan mee goreng bersama telur dadar dan keropok keping goreng serta perahan limau nipis. Okey, dah boleh makan. Jangan lupa baca Bismillah.






Monday 8 December 2014

Resepi Ikan Siakap Sos Limau Special



Salam,

Kali ni saya nak share satu resepi istimewa tapi memasaknya sangatla cepat dalam 20 minit je boleh siap dan makan. 


Pada asalnya kami sekeluarga selalu je order menu ikan siakap sos limau ni kalau ke sebuah restoran masakan cina dan thai kat kota bharu ni. 
Ikan siakap ni biasanya duk kukus atau duk makan yang tiga rasa tu je kan. Kali ni, apa kata anda cuba resepi ni, semua rasa ada, masam manis, masin, dicampur rasa enak isi ikan siakap tu. Makan dengan nasi panas, perghh memang membuka selera.

Resepi ni saya olah dengan merujuk resepi dari thai dan juga dari try and error saya sendiri. Kalau dah bosan masak stim, boleh cuba ni pula ye.


Resepi Ikan Siakap Sos Limau

Seekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 inci halia dihiris nipis
3 biji bawang putih dicincang halus
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu kicap sotong@ sos ikan
Sekeping gula merah/gula melaka
Sebiji limau nipis diambil jusnya
Cili padi dipotong
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk goreng ikan siakap


Cara membuatnya:

1. Kelar ikan siakap dan lumur dengan sedikit garam dan tepung jagung. Biarkan seketika.

2. Sementara itu, panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak untuk menumis.

3. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.

4. Masukkan cuka, air dan gula merah/ gula melaka. Kacau sekata hingga gula larut. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. (Masakan ni sedikit manis). Tutupkan api.

5. Masukkan air perahan limau dan cili potong kedalam kuah.

6.  Panaskan kuali lain, masukkan minyak dan goreng ikan siakap tadi. Goreng selama lebih kurang 8-10 minit. Balikkan dan goreng sebelah lagi selama 8-10 minit.

7. Angkat dan letakkan ikan dalam pinggan, kemudian curah kuah tadi ke atas ikan.

8. Sedia untuk dihidang.





Tuesday 25 November 2014

Resepi Kuih Seri Muka Berseri-Seri




Salam,

Entri kali ni nak share resepi kuih kesukaan saya (eh saya memang suka kuih), Seri Muka yang sangatla sedap. Saya suka makan, tapi tak pernah berani nak buat, macam takut tak menjadi, nanti kecewa pulak, lepastu stress. hahaha

Semalam tetiba terberani la nak mencuba masak kuih ni. Cari punya cari resepi, berkenan dengan resepi dari blog dapur-mamasya nih. Memang bagus dan mudah resepinya, sekali buat dah menjadi. KAlau anda pun suka kuih ni, cubalah resepi kat bawah;

Resepi Kuih Seri Muka
sumber: dapur-mamasya

Lapisan Pulut:

2 cawan Beras Pulut ( basuh dan rendam 1@2 jam)

2 cawan santan cair

satu sudu teh garam


Lapisan Hijau

2 cawan santan pekat

1/2 cawan tepung kastad

1/2 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi

3/4 cawan gula

secubit garam

sedikit pewarna hijau dan perisa pandan


Cara Membuatnya:

1. Masukkan pulut dan santan serta garam dalam loyang dan kukus sehingga pulut masak.

2. Sementara itu, blender bahan untuk lapisan hijau sehingga sebati.

3. Apabila pulut masak (warna jernih), masukkan pulut ke dalam loyang lain yang telah dilapik dengan plastik. Padatkan pulut sekata di dasar loyang.

4. Tuangkan adunan lapisan hijau tadi. Kukus sehingga kuih masak (30-40 minit bergantung ketebalan kuih)

5. Sejukkan kuih sebelum potong. Untuk lebih cantik, potong menggunakan benang. Selamat mencuba.