Thursday 9 October 2014

Resepi Bihun @ Meehoon Goreng Mudah

Salam Semua,






Kadang-kadang kalau hari cuti atau hari minggu malas rasanya nak ke kedai beli sarapan.
Bila tengok ada stok meehoon, lauk ayam atau daging dalam peti sejuk, ada sayur, maka bolehla goreng meehoon.

Seboleh-bolehnya memang saya cuba untuk masak sendiri. Kita tahu apa kandungan makanan yang kita makan.

Macam saya, memang tak boleh makan makanan yang ada banyak MSG, ditakdirkan memang dari zaman kanak-kanak, saya ada migrain. Jadi kalau makan kat kedai bimbang banyak pulak kandungan MSG dan akan diserang migrain.

Kalau masak sendiri, saya memang tak masukkan Pak Aji la. Hehehe

Resepi ni sangat mudah, kalau bahan2 nya dah ready, 15 minit pun boleh siap, berkhasiat lagi untuk hidangan keluarga.

Bihun @ Meehoon Goreng ( Untuk 5-6 orang makan)

Setengah Paket Bihun : Rendam air yang suam2, bila dah lembut sikit toskan)

Bahan Tumis:
4-5 biji bawang putih di ketuk atau ditumbuk
2 sudu besar Cili giling @ Cili Boh
**Kalau ada lebihan kuah sambal udang/sotong boleh frozenkan dan guna gantikan cili giling

Ayam/daging/udang/sotong yang dipotong kecil - *banyak mana tu ikut kesesuiaian selera anda
Sayur sawi/kubis dihiris - pun ikut kesesuian selera anda

2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Kicap
3 sudu besar Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sekejap hingga naik bau.

2. Masukkan cili giling/cili boh/kuah sambal dan tumis hingga minyak keluar ke permukaan kuali

3. Masukkan ayam/daging/udang/sotong dan sedikit air kacau sehinggala lauk tu dah macam empuk.

4. Masukkan sos cili dan kicap, sedikit gula dan garam,gaul sebati dan biarkan seketika untuk bahan2 tadi beramah mesra.

5. Bolehla masukkan meehoon dan kacau biar bahan tumis tu sekata. Kalau nampak sedikit pucat atau tak rata, boleh tambah kicap atau sos cili sedikit. Kalau rasa nak tambah telur pun boleh, time ni pecahkan telur di dasar kuali, tunggu sebentar, dan kacau rata.

6. Masukkan sayur dan tunggu seketika agar bihun masak sebati dengan bahan tumis dan lembut. Jangan kacau banyak kali sangat atau terlalu power sangat ye ( Kengkadang terkacau kuat sangat, kesian meehoon nye jd hancur)

7. Bila dah air kering meehoon pun dah lembut dan dah test rasa semua ok, maka boleh tutupkan api dan hidang kan dengan side dish, macan timun, hirisan lada merah, bawang goreng, keropok, limau nipis ke.Tapi makan begitu sahaja pun dah sedap tau.

Lain orang, lain cara masaknya, sebab selera ni berbeza-beza. Tapi yang penting, bagi yang tak pernah cuba masak meehoon sendiri, sebenarnya mudah je nak masak, tak perlu takut nak cuba. Masak ni, tak perlu takut kena yakin dan jangan putus asa. ;)






No comments:

Post a Comment