Monday, 13 October 2014

Resepi Nasi Tomato Ekspress : Cepat dan Sedap



Nasi Tomato, Ayam Masak Merah Dan Kuah Dalca


Salam,

Selalunya bila cuti hujung minggu, memang hilang idea nak masak apa..

Tapi hari sabtu lepas, tetiba je mengidam nak makan Nasi Tomato, tapi macam leceh je nak buat. Bila tanya suami, terus dia angguk ( saya pernah masak sebelum ni, memang bertambah2 dia makan, walau saya masak tak la sedap sangat).

Saya pulak memang suka kalau ada ayam masak merah. Nyum nyum, memang menjilat jejari. Heh heh.

Godek punya godek, nak cari resepi nasi tomato yang ekspress dan ayam masak merah yang sedap terus tersangkut kat Dapur Mamasya ni, memang nampak menyelerakan. Tq Dapur Mamasya.

Saya ubah suai sikit resepi oleh kerana nak masak ekspress dan sesetengah bahan takde dlm stok dapur, maka saya simplify kan sedikit resipi. Sebagai add-on saya buat kuah dalca sebab husband suka ;)

Resepi Nasi Tomato
3 cawan beras basmathi, kalau takde, beras biasa pun boleh, basuh dan toskan
1 labu kecil bawang besar yang dikisar atau dadu kecil
2 ulas bawang putih cincang halus
1/2 inci halia diketuk-ketuk
1 biji tomato dikisar
3 sudu besar puri tomato/potong dadu
Rempah kasar: bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis
2 sudu besar minyak sapi untuk menumis ( saya guna marjerin je)
4 cawan air
2/3 cawan susu cair ( saya tak letak susu, jadi sukatan air saya macam nak masak nasi biasa)
Sedikit kiub pati ayam sebagai perasa
Secubit garam
Kismis

Caranya:
1. Panaskan minyak sapi/marjerin dan masukkan rempah kasar dan tumis sekejap
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan tumis hingga layu dan jangan sampai garing.
3. Kemudian boleh masukkan tomato, puri tomato, kiub pati ayam, garam dan tumis seketika..
4. Masukkan beras dan digaul sebati dan digoreng seketika
5. Masukkan beras dalam pot periuk nasi elektrik, masukkan air dan masak nasi macam biasa.
6. Bila nasi dah nak masak, taburla kismis tadi dan gembur-gemburkan nasi.


Resepi Ayam Masak Merah

1/2 ekor ayam
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1 labu bawang besar dikisar bersama
10 tangkai cili kering
madu secukupnya
2 sudu kecil garam mesin
gula merah sedikit
2 sudu besar puri tomato
1 labu bawang besar dipotong bulat


Caranya:
1. Biasanya ayam saya akan buang kulit, lemak2 dan bersihkan. Lepas tu untuk hilangkan bau saya rendam sekejap dalam air perahan limau nipis.
Kemudian perapkan dengan halia, bawang putih, serbuk kari dan serbuk kunyit. Perap seketika, dan goreng sampai ayam masak tapi jangan sampai garing. Lebihan rempah perap simpan untuk menumis ye.

2. Tumis bawang besar dan cili kisar serta lebihan rempah perap sampai naik minyak

3. Kemudian masukkan puri tomato, gula melaka dan madu. Kacau sebati, masukkan air jika mahu lebih berkuah.

4. Bila kuah dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar yang dihiris bulat. Perasakan dengan garam.

5. Gaul rata ayam dan biar mereneh seketika agar kuah meresap ke dalam ayam (Saya suka kalau kuah meresap dalam ayam)

6. Siap, hihihi



Resepi Dalca
1 cawan daging yang dihiris kecil
1 paket rempah dalca
4-5 biji bawang merah dihiris
1-2 biji bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 sudu besar asam jawa
Rempah kasar( bunga lawang, kayu manis,pelaga)
2 cawan santan
Sedikit air
2 biji terung
Seikat kacang panjang
Minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak untuk menumis.

2. Tumis rempah kasar, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3. Campurkan rempah dalca dengan sedikit air dan kacau sampai jadi macam pes.

4. Masukkan pes rempah dalca tadi dan tumis hingga minyak keluar ke permukaan.

5. Bila rempah dah keluar minyak, masukkan asam jawa dan kacau lagi, waktu ni boleh masukkan gula melaka kalau suka.

6. Masukkan daging dan sedikit air dan kecilkan api. Tunggu sehingga daging empuk.

7. Setelah daging empuk, masukkan santan, dan sentiasa kacau.

8. Setelah mendidih, masukkan terung dan kacang panjang, kacau dan perasakan dengan garam, gula mengikut selera masing- masing.

9. Apabila sayur dah agak masak, tutup api dan hidangkan bersama Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah.

P/S: Selera setiap orang ni tak sama, resepi ni adalah mengikut selera saya dan keluarga. Saya amat berbesar hati kalau anda nak cuba ;)





No comments:

Post a Comment