Monday, 20 October 2014

Resepi Nasi Mandy @ Chicken Mandy


Salam,

Semalam masa balik rumah mak ayah saya, dapat idea nak masak Nasi Mandy ni sebab mak saya memang suka nasi resepi arab.

Saya pun mencari la resepi Nasi Mandy, saya dah pernah buat Kabsa Ayam, nak cuba Mandy pulak. Saya jumpa resepi yang simple dan sedap ni di blog yang famous, resepi oleh Puan Azie (Azie Kitchen). Ramai yang dah cuba dan rata-rata memang komen sedap. Terus rasa semangat nak buat. Terima kasih banyak untuk Puan Azie kerana share resepi ni..

Setelah cuba sendiri, memang betul la sedap sangat, sampai mak ayah saya makan bertambah2. Part yang paling best memasak ialah bila orang suka makan masakan kita. Penat memasak pun hilang.

Disini saya kongsikan resepinya sekali.



Nasi Mandy Ayam
Resepi Asal: Azie Kitchen

Bahan Nasi

4 cawan beras Basmathi - rendam & tos
1/2 cawan minyak zaitun (boleh jer guna minyak masak biasa)
2 labu bawang besar - potong dadu5 ulas bawang putih di mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai bay leave **saya tak letak pun sbab takde
3 helai daun pandan
4 cawan air
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Garam secukup rasa
Sedikit Pewarna kuning


Bahan Ayam

1 ekor ayam di potong 4 **nak potong 12 pun boleh jugak
1/2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit Pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
2 bawang besar - hiris bulat
2 lemon - hiris bulat


Cara membuatnya

1. Bersihkan ayam dn toskan. Kemudian perap ayam dengan semua rempah; ketumbar, jintan manis dan putih, halia, serbuk kunyit, lada hitam, garam,gula dan pewarna kuning seketika.

2. Oleh sebab takde oven kat rumah mak, saya guna kuali non-stick yang berpenutup. Saya lapik dengan alluminium foil, dan saya susun rata lemon dan bawang besar.

3. Kemudian letakkan ayam di atas hirisan lemon dan bawang besar, tutup balik dengan alluminium foil dan bakar sampai ayam masak.

4. Basuh dan rendam beras seketika. Kemudian toskan beras tadi.

5. Kemudian panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih, rempah kasar dan daun pandan sehingga layu.

6. Masukkan beras dan goreng seketika, masukkan air dan sedikit garam.

7. Masukkan letakkan di dalam periuk nasi elektrik dan titik pewarna kuning.

8. Sementara tu bila ayam masak, angkat ayam tadi, air ayam tadi dituang ke dalam periuk nasi dan kacau sedikit. (Lemon jangan masuk skali, nanti pahit)

9. Kalau nak ayam tu kering sedikit, boleh bakar dalam oven sekejap. Kalau tak nak bakar, letak je kat atas nasi dalam periuk tadi semasa nasi sedang masak. (Perlu periuk nasi yang agak besar)

10. Kalau nak nasi yang cantik dan tak patah, jangan kacau sangat nasi tu ye.

11. Bila nasi dah masak, boleh la hidangkan dengan salsa yang macam kat kedai nasi arab tu.

Resepi Salsa Tomato

4 biji tomato dipotong dadu
2 batang timun dipotong dadu
2 labu bawang besar
2 batang cili merah
Sedikit daun sup @ saderi
1 air perahan lemon
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:
1. Blender semua bahan di atas sekejap, dan perasakan dengan gula dan garam.

1 comment:

  1. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete