Kek Gula Hangus Beralun
Dah lama betul tak buat Kek Gula Hangus ni. Hari tu mak saya request buat kek ni, katanya dah lama tak makan. Punya la lama tak buat, sebenarnya suami pun suka kek ni, tapi ntah kenapa tak terbuat pulak kek ni, sebab anak dara kecik tu asyik request nak makan kek coklat je. Bila buat kek ni, banyak pulak si kecik ni makan. Sekejap je satu loyang dah habis, ramai pulak peminat kek ni.
Resepi Kek Gula:
1 cawan gula *
1 cawan air panas *
1 sudu marjerin/butter *
* Panaskan gula dalam kuali sehinga keperangan, jangan sampai gelap sangat warna dia, nanti pahit. Lepas gula cair, masukkan air panas dan marjerin/butter. Ketepikan sebentar.
1 cawan tepung
4 biji telur
3/4 cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
Caranya:
1. Pukul telur hingga kembang sedikit, masukkan susu pekat dan pukul lagi
2. Masukkan tepung dan soda bikarbonat dan pukul lagi sehingga sebati
3. Akhir sekali masukkan gula hangus yang telah disejukkan tadi.
4. Perap adunan dua hingga tiga jam.
5. Tuang adunan ke dalam loyang, dan bakar dalam oven pada suhu 160 darjah dengan api bawah.
No comments:
Post a Comment