Monday 13 October 2014

Resepi Kuih Lapis Gerenti Jadi



Pagi semalam ada beli kuih lapis kat kedai, tapi petangnya baru teringat nak makan. Bila nak masuk mulut, rupanya dah nak basi.

Oleh kerana tak ada rezeki nak makan yang beli tu dan saya pulak memang penggemar kuih tradisional ni, maka saya terfikir nak masak sendiri kuih yang saya dah lama give up nak cuba masak ni. Sebabnya selalu je tak menjadi. Entah ape la silapnya( padahal dah tahu silap diri sendiri hihi)..

Dalam duk mencari resepi yang diyakini menjadi tu, terjumpa la resepi di blog k.An di blog periuktanah ni.  Saya tertarik sebab k.An bagitau yang resepi ni dari ibu mertuanya. Biasanya resepi orang lama ni sukatannya mudah, sedap dan yang pasti mesti menjadi.

Teruja sekejap sebab berjaya melapis dan berjaya masak sampai jadi macam gambar kat atas. Rasanya pun sedap. Tq k.An for sharing the recipe.

Resepi Kuih Lapis

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 cawan gula
5 cawan air
Secubit garam
Pewarna merah
Esen Ros

Caranya:

1. Sediakan pengukus

2. Campurkan tepung beras, gandum dan gula dalam satu bekas.

3. Masukkan santan, air,garam dan esen ros.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Kalau nak buat 7 lapisan, dan setiap lapisan anda nak sendukkan lebih kurang secawan adunan, jadi bahagikan 4 cawan adunan dengan warna merah dan 3 cawan adunan dengan warna putih. Faham ke? Hihi

5. Lapikkan loyang dengan plastik dan sapukan minyak. Saya guna loyang bulat 8 inci.

6. Sendukkan lapisan warna merah, kemudian kukus sehingga lapisan masak.

7. Kemudian apabila masak, sendukkan lapisan warna putih pula. Ulang sehingga habos adunan. Biasa yang adunan lapisan terakhir juga warna merah.

8. Apabila siap, sejukkan, dan potong menggunakan benang.

Kalau suka kuih ni, bolehla cuba ye, kalau ikut sukatan dengan betul, Insha Allah jadi  ;)



No comments:

Post a Comment