Wednesday, 8 October 2014

Resepi Roti Jala Mudah Dan Sedap

Hari tu masa duk keliling kedai jual barangan plastik, tetiba je terpandang botol ni dan terus jatuh cinta pandang pertama! kih kih


kat botol dah siap tulis "Ideal For Roti Jala"




Sebab apa jatuh cinta? sebab dapat menolong diriku memasak roti jala dengan mudah. Dah takde comot2 dan sepah2 dengan tepung. Terus jadi pro masak roti jala kalau guna nih..

Bila dah ade botol ni, barula semangat nak masak roti jala. Seriously, walau dengan hanya botol yang berharga RM3.00 ni, kita boleh jimat masa untuk masak. Mana lagi mahal RM3.00 atau masa? Jeng..Jeng

So, sekarang kalau malam tu ada lebihan masak kari ayam atau daging, paginya memang akan menjala roti ni untuk breakfast sebelum pegi keja. Buat untuk cukup2 makan sarapan je la kan, kalau banyak nanti tak pegi kerjala, asyik menjala. hehehe

Meh saya kongsikan resepi roti jala yang selalu saya buat, dijamin tak keras walaupun masa masak tu tergaring skit..



Resepi Roti Jala (Untuk 2-3 orang makan)

1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Susu Cair
2 Cawan Air
2 Biji Telur
1 Sudu Besar Minyak Masak
Secubit Garam
Pewarna: Boleh guna serbuk kunyit Atau pewarna kuning secukupnya

Cara-Caranya:

1. Masukkan susu cair, air, telur, minyak, garam dan pewarna ke dalam blender terlebih dahulu.

2. Kemudian masukkan tepung. Pastikan masukkan bahan cecair dahulu ke dalam blender untuk
    mengelakkan tepung melekat di dasar blender, susah pulak nanti.

3. Blender adunan sampai sebati.

4. Tuang dalam botol acuan roti jala.

5.  Bolehla mengirai roti jala macam biasa. Kemas dan tak payah nak cedok2.

6. Bila dah agak masak, terus angkat, jangan terbalikkan macam lempeng tau!!

7. Siap!! Boleh makan cicah kuah kari atau kalau belah utara diorang makan ngan bubur.


Tips:
* Untuk sukatan, anda boleh pakai cawan, mug atau mangkuk kecil, yang penting guna cawan/mug/mankuk yang sama untuk sukat bahan kat atas. senang kan.

* Kalau masa nak menjala tu adunan macam putus-putus(titik2 je keluar), boleh tambah air skit bagi cair



*Roti jala ni tak payah balikkan mcm lempeng tu, dah agak masak, angkat dan terbalikkan atas pinggan. Maksudnya, permukaan bawah roti jala tu duk atas and vice versa.



* Apabila dah terbalikkan, masa gulung nanti permukaan licin akan kelihatan di luar, jadi lebih elok.

Nanti Cuba Ye!

2 comments: