Wednesday, 15 October 2014

Resepi Mongolian Beef Terbaik!!

Mongolian Beef



Salam..

Dah lama betul mencari resepi Mongolian Beef atau Daging Masak Mongolian ni. Hasil percubaan dan carian dekat internet, akhirnya, dapat juga buat Mongolian Beef yang kena dengan tekak saya, dan ada la rasa macam yang makan kat restoran tuh, hihihi.

Jadi, kalau anda juga nak cuba masak resepi daging goreng yang lain dari biasa, bolehla cuba resepi ni ye ;)


Resepi Mongolian Beef

1/2 kg daging batang pinang/bahagian daging yang lembut dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
Kicap secukup rasa
1 labu bawang besar dihirs
Daun bawang
Cili merah/ cili kering dipotong
Sedikit tepung jagung
Minyak untuk menumis

Caranya:

1. Salutkan daging dengan tepung jagung dan biarkan seketika.

2. Sambil tu, tumiskan halia  dan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan gula merah, kicap dan air dan kacau sebati

4. Bila kuah dah mendidih, tutupkan api.

5. Dalam kuali yang lain, letak sedikit minyak dan goreng daging yang disalut tepung jagung sedikit demi sedikit.

6. Goreng sehingga bahagian luar daging nampak masak. Angkat dan toskan minyak.

7. Bila selesai masak semua daging, buang lebihan minyak, dan masukkan kuah tadi dalam kuali yang sama.

8. Masak sehingga daging sebati dengan kuah dan menjadi sedikit pekat.

9. Masukkan bawang besar, cili dan gaul sebati.

10. Tutup api dan taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.










No comments:

Post a Comment