Lama sudah tak update entry baru. Kali ni nak buat entry resepi warisan dari emak saya.
Resepinya ringkas sahaja, tetapi rasanya mmg sedap bagi kami sekeluarga. Kalau makan dengan nasi panas, perghh memang terbaik. Waktu kami kecik2 dulu mmg berebutla, maklumla, semua pun suk
Resepi Ayam Goreng Halia
500gram ayam dipotong kecil.
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap manis
1 ulas bawang besar dihiris bulat
1 batang cili merah dihiris
Sedikit minyak
Cara membuatnya:
1. Masukkan potongan ayam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak
sehingga air ayam kering.
2. Sambil tu, tumbuk halia bersama bawang putih dan kalau suka pedas,
Tumbuk bersama beberapa biji cili padi.
3. Apabila air ayam sudah kering, masuklan minyak sedikit, dan gaul seketika
4. Masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuk dan gaul lagi sehingga
Sedikit garing.
5. Masukkan kicap dan gaul sekata agar kicap melitupi keseluruhan ayam.
Tambah lagi kicap mengikut selera anda. Masukkan bawang besar,cili dan daul sehingga kicap dan ayam mesra.
6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas. Jika suka boleh tambah garam atau perasa. Tapi kalau tak tambah pun rasanya dah ok.
Selamat Mencuba ^_^
boleh cuba resepi ni. nampak sedap :)
ReplyDeleteboleh sangat, silakan. resepi simple tapi ada rasa, yang penting anak2 pun boleh makan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete