Tuesday, 25 November 2014

PORTUGUESE EGG TART YANG BEST






Salam,


Kali ni nak share resepi satu-satunya tart kesukaan saya. Kalau ke kedai bakery memang tergoda dengan bau tart nih. So, satu hari tu, terfikir untuk buat sendiri sebab boleh makan masa tengah fresh keluar oven. Saya ubah suai resepi dari blog Kitchen Tigress nih mengikut kesesuaian keadaan sbb kurang bahan dalam stok, hahaha.

Ok, kalau nak cuba, boleh la ambil resepi di bawah.


Resepi Portuguese Egg Tart

Untuk Doh:

Sepaket Puff Pastry KAWAN (BLOCK)

Cara-caranya ikut macam dekat paket ye. Kena canai dan gulung beberapa kali kemudian hiris doh tu
mengikut ketebalan yang kita nak. Kemudian canai sedikit lagi dan masukkan ke dalam acuan tart. Yang lebih boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.

Kalau nak senang, beli je Puff Pastry KAWAN yang SQUARE tu terus letak dalam acuan tart je.


Untuk Filling:

1 1/2 Cawan Susu Segar

1 Cawan Non Dairy Whipping Cream

4 Biji Telur Kuning

2 susu teh Vanilla

1 Sudu Besar Tepung Jagung

2 Susu Besar Gula

Secubit Garam


Cara Membuatnya:

1. Blender semua bahan filling dan panaskan sekejap dalam periuk. Jangan sampai menggelegak pula ye, cukup sampai dia pekat sedikit dan bila celup sudu tu adunan tu menyelaputi sudu. Tutupkan api dan rendam periuk dalam bekas berisi air, supaya cepat sejuk dan tak terlebih masak.

2. Panaskan oven pada suhu 250 Darjah Celcius.

3. Sapukan acuan tart dengan mentega. Boleh guna dulang acuan tart ataupun yang pakai buang aluminium foil tu.

3. Masukkan puff pastry ke dalam acuan dan ratakan mengikut bentuk acuan. Kalau nak kemas dan cantik, potong bulat lebihan bahagian atas puff pastry mengikut acuan tart tadi. Penuhkan acuan dengan puff pastry sebelum tuang filling.

4. Masukkan filling ke dalam puff pastry tadi. Jangan terlalu penuh, tinggalkan sedikit ruang je, takut nanti filling melimpah keluar. Adunan ini boleh buat 9 biji tart.

5. Bakar tart yang telah diisi filling dalam oven selama lebih kurang 40 minit. 30 minit pertama gunakan api bawah, seterusnya gunakan api atas supaya filling tadi akan terbakar cantik. Selamat mencuba.







No comments:

Post a Comment