Tuesday, 25 November 2014

Resepi Roti Sarang Lebah Yang Famous
















Salam,

Teruja betul nak tulis resepi ni. heheheh. Bukannya apa, akhirnya berjaya jugak merasa nak makan Roti Sarang Lebah hasil memasak sendiri. Selama ni duk tengok kawan-kawan je yang menayang Roti Sarang Lebah.

Saya cari resepi ni di fb Puan Tahrunnisah Jali yang famous betul di fb sebab dia bermurah hati share resepinya yang best2. Sekarang Puan Tahrunnisah dah ada blog resepinya, senangla nanti nak tengok gambar masakannya yang cantik2. Boleh klik ke blog beliau di sini >> nisahdihati.blogspot.com.

Memang terbukti best resepinya, nyum nyum, nanti tak payah dah beli roti kat kedai. Saya dah lama tak meroti dek kerana frust buat roti guna Breadmaker yang saya beli asyik tak jadi je. Tapi lepas buat roti ni, bersemangat balik nak buat roti. Rasanya lembut dan gebu, teksturnya juga cantik. Silalah cuba resepinya di bawah (saya ubahsuai resepi ni mengikut kesesuaian saya sedikit)


Resepi Roti Sarang Lebah
sumber : nisahdihati.blogspot.com.

1 sudu teh yis kering
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
2/3 cawan minyak zaitun @ jagung
2 cawan tepung gandum/tepung high protein
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan yogurt @ buttermilk
1/2 sudu teh garam

Untuk Kilatkan atas Roti, campurkan sebiji kuning telur dengan sesudu susu pekat.

Untuk hiasan atas roti: hirisan badam, keju, biji bunga matahari atau biji kuaci.


Sos Butterscotch
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1/2 cawan dairy whipped cream
secubit garam
2 sudu butter


Cara Membuatnya:

1. Masukkan gula dan air suam ke dalam mangkuk kecil, kemudian masukkan yis dan tunggu lebih kurang 15 minit sehingga yis berbuih. (Kalau tak berbuih jugak maknanya yis tu dah tak aktif dan roti takkan naik)

2. Kalau guna Breadmaker (BM), masukkan minyak, yogurt dan campuran yis tadi dalam BM. Kemudian masukkan tepung dan baking powder menutupi bahan cecair. Dan masukkan garam.

3. Uli doh dengan BM selama 40 minit menggunakan setting "dough"  @ "manual". Dan rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda besar.

4. Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbukkan doh untuk keluarkan angin.

5. Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong dan susun doh dalam loyang. Biarkan doh naik 2 kali ganda sekali lagi  Sambil tu panaskan oven dengan 250 Darjah Celcius.

6. Bila doh dah naik, kilatkan dengan campuran telur kuning dan susu tadi dan tabur kepingan badam, keju, biji bunga matahari, dan biji kuaci. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15 minit dengan api bawah dan 5 minit lagi dengan api atas.

7. Untuk sos butterscotch, panaskan butter dan masukkan gula perang dan whipped cream, kacau sehingga gula cair dan tutupkan api. Hati-hati kerana gula sangat panas.

8. Setelah roti masak, curahkan sos Butterscotch ke atas roti dan hidangkan. Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment