Saturday 1 November 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api







Salam,

Kali ni nak blogkan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api yang sangat cepat dimasak dan sangat la sedap.

Salah satu keunikan resepi ni ialah tak payah pakai bawang. Bila balik dari kerja, boleh masak sambil kemas rumah atau jaga anak ;)



Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

1/2 ekor ayam
3 cawan santan
1 inci kunyit @ satu sudu besar serbuk kunyit
2 batang serai diketuk
5 biji cili api, kalau nak pedas lebihkan
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:

1. Bersihkan ayam, dan toskan.

2. Tumbuk kunyit, cili api dan gaulkan pada ayam tadi. Jika mahu, boleh perap seketika.

3. Masukkan ayam tadi ke dalam periuk bersama serai dan daun limau purut dan masak sehingga air ayam kering dengan api yang kecil.

4. Apabila air ayam dah kering, masukkan santan dan kacau dengan perlahan.

5. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.

6. Masak sehingga ayam empuk. Bolehla dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.


1 comment:

  1. Wynn Casino - Mapyro
    Wynn Hotel and Casino is located 창원 출장샵 on 34th floor, overlooking 전라북도 출장안마 Wynn Las 정읍 출장마사지 Vegas Boulevard. 이천 출장샵 This 1,817-square-foot resort features 690 slot machines, over 제천 출장샵 1,000

    ReplyDelete