Salam,
Tajuk resepi asyik nak mudah je kan? Hahaha memangla zaman sekarang semuanya nak mudah, nak jimat masa. Kebanyakan isteri dan ibu sekarang bekerja, tapi tak nak lepaskan peluang untuk masak- masak untuk keluarga. Sebab dengan masakan tu la boleh merapatkan hubungan keluarga.
Ok, jangan buang masa, kita share resepinya di bawah ye.
Resepi Gulai Ayam @ Kari Ayam
1/2 ekor ayam
5 labu bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Rempah kasar: bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga. ** saya tak letak pun
1/2 inci halia dihiris
1/2 paket rempah kari daging
1 sudu besar asam jawa
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
5 labu bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Rempah kasar: bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga. ** saya tak letak pun
1/2 inci halia dihiris
1/2 paket rempah kari daging
1 sudu besar asam jawa
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih halia serta rempah kasar sehingga layu dan naik bau
2. Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air sehingga jadi macam pes, dan tumiskan bersama bawang tadi sehingga pecah minya @ keluar minyak ke permukaan.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar.
4. Masukkan ayam dan ubi kentang bersama sedikit air. Biarkan sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk.
5. Masukkan santan, perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa anda.
6. Kacau sehingga mendidih dan sedikit minyak keluar di pemukaan kuah.
7. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment